top of page
PROFIL PENGARAH URUSAN

PROFIL
PENGARAH URUSAN

YANG BERBAHAGIA,

DATUK SERI HAJI MOHAMAD FAZIL BIN HAJI SHAFIE

D.G.S.M, D.P.S.M, A.M.N, P.J.M, P.S.S.B, P.P.A, D.S.S.M,

DIP.MII-LUCT, COT, TOT, MDRT (USA)

Pengarah.jpg
PENGARAH URUSAN

DATUK SERI HAJI MOHAMAD FAZIL BIN HAJI SHAFIE
D.G.S.M, D.P.S.M, A.M.N, P.J.M, P.S.S.B, P.P.A, D.S.S.M,
DIP.MII-LUCT, COT, TOT, MDRT (USA)

 Beliau menubuhkan Fazil Agensi kerana melihat perniagaan yang diuruskan semakin maju serta kerja kerasnya untuk memajukan diri, keluarga dan membantu anak-anak muda untuk berjaya. 

​

Datuk Seri Hj. Mohamad Fazil telah dilahirkan di Pida 4, Kubang Pasu, Jitra Kedah pada 05 Mei 1962. Beliau merupakan anak pertama dari 6 orang adik beradik dari sebuah keluarga petani dan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyara keluarga. Seawal umur 9 tahun beliau sudah mula berniaga kecil-kecilan dengan menjual bongkah air batu dari rumah ke rumah untuk menyara persekolahannya.
​
Oleh kerana ingin berdikari, Datuk Seri Hj Mohamad Fazil berhijrah ke Alor Setar ketika umurnya masih muda untuk bekerja sebagai seorang jurupam petrol untuk mencari wang saku bagi meneruskan pelajarannya. Setelah menamatkan pengajian SPM, beliau telah memohon untuk memasuki angkatan tentera Malaysia. Beliau kemudiannya diserapkan di KOR JURUTERA DIRAJA.
​
Setelah tamat menjalani latihan selama 6 bulan, beliau secara sukarela menyertai Pasukan Khas komando dan lulus setelah menjalani latihan selama 3 bulan sebagai anak muda yang bergelar “BERET HIJAU”. Beliau juga berkhidmat dalam Pasukan Gerak Khas selama 13 tahun. Semasa berkhidmat dalam Pasukan Gerak Khas beliau telah mula berjinak-jinak dalam bidang insurans dan seterusnya berjaya menjadi seorang agen insurans.
​
Datuk Seri Hj Mohamad Fazil mengambil peperiksaan pra-kontrak pada tahun 1989 dan telah lulus dengan cemerlang. Bermula detik itulah, sejarah beliau sebagai seorang agen insurans yang berjaya. Kesungguhan dan keazaman telah membuatkan beliau berjaya menjadi Nombor 1 di Malaysia (MCIS INSURANCE).

PENCAPAIAN
um-GROUP.jpg

1.    1990 - AGEN NO 1 SELURUH MALAYSIA
2.    1992 - AGENCY SUPERVISOR (AS) NO 1
3.    1994 - ASISSTANT MANAGER AGENCY (AMA) NO 1
4.    1996 - MANAGER AGENCY (MA) NO 3
5.    1997 - TOP CHIEF AGENCY MANAGER (CAM) NO 1 SELAMA 12 TAHUN
6.    TOP 5 CAM SEHINGGA SEKARANG
7.    CHAMPION GROUP LIFE PRODUCERS SEBANYAK 12 KALI
8.    TOP OF THE TABLE (TOT) SEBANYAK 4 KALI
9.    COURT OF THE TABLE (COT) SEBANYAK 4 KALI
10.   MILLION DOLLAR ROUND TABLE (MDRT) SEBANYAK 4 KALI
11.   MDRT WHOLE LIFE MEMBER
12.  CEMERLANG SELAMA 30 TAHUN BERMULA 9 SEPTEMBER 1989 SEHINGGA SEKARANG

Begitulah di antara kejayaan yang dicapai oleh beliau dalam bidang insurans. Dengan melibatkan diri dalam bidang insurans jugalah beliau telah berpeluang melawat luar negara sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan menghadiri konvensyen pertama beliau iaitu MDRT terbesar di dunia di New Orland, Amerika Syarikat pada tahun 1999.


Dari situlah beliau mula membuka minda bahawa membuat perniagaan dalam bidang insurans juga boleh menjadi seorang jutawan setanding dengan perniagaan-perniagaan yang lebih besar seperti kontraktor dan juga pelaburan. Impian beliau mahu menjadi orang no.1 dan sememangnya beliau begitu istimewa kerana dilahirkan sebagai seorang penjual dan pengurus insurans yang paling di segani dan berjaya dengan cita-citanya. Kini beliau mempunyai lebih 200 orang agen insuran sepenuh masa yang mana kebanyakannya berpendidikan tinggi iaitu Diploma dan Ijazah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM5,000 sehingga melebihi RM100,000 sebulan dan 13 orang pengurus unit.


Hasil usaha dan dedikasi serta nilai-nilai disiplin ketenteraan yang ada pada diri beliau terus mengorak langkah memajukan bidang insuran yang diceburi. Selain itu, beliau juga membuka pusat pengajian khas insurans iaitu Akademi Fazil untuk menarik minat anak-anak muda berkecimpung dalam bidang insurans dan setakat Disember 2018 telah dapat melahirkan seramai lebih 200 agen insuran yang mahir dan berkaliber.


Atas kepimpinan dan juga penglibatan beliau dalam khidmat masyarakat beliau telah dianugerahkan pingat-pingat kebesaran. Pada tahun 2011, beliau telah mendapat Penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk. Beliau terus berkhidmat dengan cemerlang dan pada 12 Oktober 2018 beliau telah dianugerahkan pingat Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri. Pingat ini dianugerahkan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

​

Selain itu, Beliau juga telah berjaya membina empayar perniagaan sendiri dan menjadi pengarah di 6 buah syarikat seperti:-

​

  • FAZIL AGENCY

  • FAZIL SHAFIE ASSOCIATES SDN. BHD.

  • FAZIL MAJU TELECOMMUNICATION SDN. BHD.

  • DFS GOLD & JEWELLERY SDN. BHD.

  • WANE'S ENTERPRISE

  • DFS FOOD (MARRYBROWN)

PENCAPAIAN

MCIS Dinner 2022-02370.JPG
bottom of page