top of page

PERISAI

Bermaksud Million Dollar Round Table (MDRT). Setiap anggota yang bekerja di Fazil Agensi Unit 199 mestilah fokus kearah menjadi seorang MDRT. Mereka sentiasa dilindungi walau apa cara sekalipun sama ada dari segi pengurusan serta kebajikan anggota. Perisai ini melambangkan kekukuhan dan kegagahan dalam apa juga kekangan yang akan dihadapi. Anggota tetap akan dilindungi setiap masa serta diberikan motivasi untuk terus berjaya menjadi seorang MDRT.

GARISAN MERAH

Mengambil kira unit Rejimen 21 Komando unit pertama pernah beliau berkhidmat yang memberikan inspirasi dalam melaksanakan tugas dimana nilai-nilai disiplin, amanah, semangat setia kawan, kejujuran serta tidak kenal erti mengalah telah membuat beliau terus berjaya ke peringkat yang tertinggi.

BURUNG CAMAR

Setiap anggota yang berada di Fazil Agensi Unit 199 mestilah mempunyai cita-cita seperti seekor burung camar yang boleh terbang jauh tanpa batasan. Ada kalanya terbang sendiri dan juga berkumpulan. Anggota boleh melaksanakan tugas sendiri tanpa pengawasan dan bekerja dalam kumpulan. Di Fazil Agensi untuk  mencapai kejayaan ini setiap anggota mestilah boleh melaksanakan tugas tanpa batasan dengan usaha gigih yang perlu ada pada diri masing-masing.

WARNA KUNING

Pelanggan ibarat sebutir intan permata yang amat berharga. Mereka akan dilayan seperti seorang Raja dimana warna kuning merupakan warna kebesaran mereka. Pelanggan tetap akan diberikan keistimewaan dalam urusan mereka di Fazil Agensi.

WARNA MERAH

Keberanian, ketajaman minda serta disiplin yang tinggi mesti ada pada setiap anggota yang berada di Fazil Agensi. Anggota akan terus bekerja dengan semangat yang tinggi serta cekal hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mencapai matlamat mereka.

ANGKA 199

Nombor yang memperkenalkan Fazil Agensi. Setiap anggota perlulah bekerja dengan tekun dan ikhlas. Berusaha dari yang sekecil –sekecilnya hingga yang paling besar seperti huruf 1 hingga ke 99. Keuntungan dikira dari sekecil-kecilnya hinggalah keuntungan yang maksimum yang perlu diperolehi.

Visi

Melahirkan anak Melayu seramai mungkin untuk menjadi jutawan di usia muda.

Misi

1. Menjadi Syarikat terunggul yang menyediakan perkhidmatan yang terbaik di Malaysia malah ke seluruh dunia.

 

2. Menyediakan agen-agen yang profesional, terlatih, berdaya saing serta maju dalam memberikan perkhidmatan cemerlang kepada para pelanggan.

 

3. Pelanggan sentiasa dihormati, dijaga dan pelanggan sentiasa di pihak yang benar “Customer is always right” menjadi pegangan kepada setiap agen atau staf di Fazil Agency. Kepuasan Pelanggan adalah matlamat yang sangat dititikberatkan dalam urusan perniagaan.

bottom of page